|
ROHANI
Kejujuran Sang Saudagar Permata
Oleh : Gusti Wahyu Hidayat | 22-Des-2008, 10:27:08 WIB
|
KabarIndonesia - Dikisahkan pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang baduwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh baduwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si baduwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Memangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya.
Saudagar Yunus bertanya kepada baduwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?" Baduwi itu menjawab, "Empat ratus dirham." "Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan uang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham." Tetapi saudagar Yunus itu tidak mau melepaskan baduwi itu pergi.
Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan uang baki kepada baduwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya coba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan dan gambaran bagi peniaga dan pedagang kita yang beriman. Kerana ini menunjukkan keperibadian seorang peniaga atu pedagang yang jujur dan amanah di dalam mencari rezeki yang halal. Mencari keuntungan dan laba itu wajib, tapi jangan keterlaluan dan berlebihan,sehingga dapat mengorbankan konsumen. Jika semuanya berjalan dengan benar, maka rasa aman dan tentram bagi konsumen dapat tercipta karena tidak ada penipuan dalam perniagaan atau perdagangan. (Kompilasi dari 1001 Kisah Teladan). (*)
Blog: http://www.pewarta-kabarindonesia.blogspot.com/ Alamat ratron (surat elektronik): redaksi@kabarindonesia.com Berita besar hari ini...!!! Kunjungi segera: www.kabarindonesia.com
|
|
|
|
|